Ini Punca Benjamin Mora Tinggalkan JDT. Rupanya ramai fans JDT yang tidak tahu punca kenapa mora dipecat atau meninggalkan pasukan. Peluang yang ada bertemu TMJ, para penyokong turut bertanyakan mengenai perkara tersebut dan kenapa ia begitu drastik.


Ini Punca Benjamin Mora Tinggalkan JDT




Ini Punca Benjamin Mora Tinggalkan JDT


 "Apabila berbincang dengan saya, kami membuat keputusan di mana inilah masa paling tepat dan beliau ingin mencuba karier di tempat lain.


"Saya masih rapat dengan Benjamin Mora. Beliau sudah lama berbincang dengan saya. Apabila rasa masa sudah tamat, apabila tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya dan respon daripada pemain adalah lain terhadapnya, maka ia masa yang sesuai untuk berhijrah.



"Kita sudah ada persetujuan di mana pasukan melepaskan kerana kita perlu seorang ketua jurulatih yang boleh menjaga kestabilan pasukan.


"Pemain perlu seorang jurulatih yang boleh memberikan arahan, hormat dan juga menjaga kestabilan bilik persalinan," katanya ketika sesi soal jawab bersama peminat yang diadakan di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Post a Comment

Previous Post Next Post