Bagaimana Menjadi Wanita Tabah, Anda Perlukan Tips ini. Seperti sedia maklum, seorang wanita adakalanya mereka diuji menjadikan mereka perlu kuat menghadapi cabaran dan dugaan. walaupun lelaki juga akan melalui tempoh yang sama tetapi lelaki dikatakan lebih kuat dan lebih berani menempuhi dugaan berbanding wanita. ia kerana wanita sering dikatakan sebagai insan yang lemah dan tidak mampu melakukan apa saja melainkan dengan adanya orang lelaki di sisi. Betulkah pra sangka dan juga streotype seperti itu? jangan risau jom kita sama-sama bersama merungkai bagaimana seorang wanita menjadi wanita yang tabah dalam kehidupan. kami akan kongsikan tisp ciri-cir wanita yang tabah yang sangan penting dan berguna kepada anda yang mahukannya. jika anda tak perlukannya boleh kongsikan kepada yang memerlukan kerana kita tak tahu nasib kita dan orang lain macam mana. kadang-kadang kita tidak diuji sedemikian rupa tetapi ramai wanita lain di luar sana yang diuji dengan perkara tersebut. jadi tak salah untuk kita kongsikan perkara macam itu.


Bagaimana Menjadi Wanita Tabah, Anda Perlukan Tips ini


Bagaimana Menjadi Wanita Tabah?

Sebelum mengetahui bagaimana menjadi seoroang wanita yang tabah anda perlu terlebih dahulu mendalami dan mengetahui megenai ciri ciri wanita yang sangat tabah dalam kehidupan. Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan dan mehnah tribulasi dia tetap kuat dan tabah mendapani dan melawan demi meneruskan kehidupan seharian.

Cirit wanita tabah yang pertama adalah apabila diuji,dia sentiasa senyum. Inilah perkara paling sukar dilakukan apabila kita diuji dengan musibah. ada kalah musibah kecil maka kita boleh tersenyum dan biarkan ia pergi tetapi apabila musibah terlalu besar dan kuat memang agak sukar untuk menjadi orang lain dan tersenyum menghadapi dugaan itu. namun lain bagi wanita tabah diluar sana yang mana apabila mereka diuji dengan sebesar mana ujian pun mereka tetap kuat dan menggantikan kedukaan mereka dengan senyuman manis di wajah.Dengan cara ini menyebabkan orang luar tidak tahu kesukaran mereka dalam hidup mereka. bila orang tidak tahu maka mereka tidak perlu membebankan orang lain sebaliknya memikulkan segala perkara beban itu ke atas diri mereka. Dan mereka juga tidak suka menyerahkan beban itu kepada orang lain kerana bagi mereka hidup mereka maka merekalah yang kena teruskan dan hadapi segala cabaran yang mendatang.

Ciri wanita yang tabah kedua adalah mereka masih mampu tertawa walaupun mereka sedang diuji dengan ujian yang besar. kita tahu kesukaran untuk tertawa bila diuji memang cukup menyukarkan. kita lebih gemar untuk duduk diam dan memasamkan muka kita untuk memberi tahu yang kita sedang dalam masalah. ada yang buat muka kerana terlalu stress sehinggakan membuat orang sekeliling perasan yang kita sedang ada masalah dengan kehidupan kita. maka selepas itu adalah yang akan bertanya awak okey ke tidak ni awak perlukan bantauan ker? saya boleh tolong awak tau. tetapi lain pula bagi wanita tabah yang tidak suka menyusahkan orang adalah mereka akan tetap tertawa walaupun ketika lawak dan jenaka itu dilakukan mereka dalam keadaan sukar dan susah ketikan melalui satu cabaran hidup. sifat sebegini menjadikan mereka seorang wanita yang kuat dan tabah yang susah untuk diikuti oleh orang lain. wanita sinonim dengan nangis dan ketawa pada satu masa yang sama tetapi wanita yang tabah tidak terkesan dengan ujian dan mereka menganggap ujian itu hanyalah kecil bagi mereka dan mereka memilih untuk meraikan orang sekeliling terlebih dahulu walaupun diuji dengan cabaran yang luar biasa.

Ciri wanita yang ketiga yang sangat tabah adalah mereka kuat saat di hina. penghinaan sering menjadi sinonim dengan wanita. kadang-kadang itu penghinaan selalunya datang dari kaum sejenis mereka sendiri terutamanya melibatkan status kehidupan sama ada dia single, berkahwin mahupun menjadi janda susulan kegagalan rumah tangga. ada wanita yang kuat menutup telingan dek kerana penghinaan yang menggunung walaupun ada wanita yang kecundang dalam penghinaan dan terus menyalahkan diri sendiri sehinggakan ada yang nekad lari dari rumah dan sehingga ke tahap mahu membunuh diri. jadi wanita yang tabah saat dihina merupakan salah satu perkara yang sukar dilakukan oleh semua wanita. sebaliknya yang betul-betul kuat sahaja yang mampu menepi penghinaan macam jackie chan menepis peluru ketika aksi stunt dalam filemnya. persoalannnya anda kuat menepis penghinaan?

Wanita yang menepis penghinaan dan menebalkan muka mereka selalunya mempunyai hubungan yang kuat dengan tuhan. mereka menyerahkan hidup mereka kepada Allah s.wt  dan sentiasa berfikiran positif dengan berdoa agar segala ujian yang diterima akan digantikan dengan kebahagian yang akan datang pada kemudian hari. sungguh hebat andai wanita itu bersifat tabah dalam kehidupan mereka.

Ciri keempat untuk menjadi wanita tabah adalah dengan mempunyai sifat suka memaafkan orang lain. Kita juga sedar yang orang wanita sangat susah memaafkan orang lain kerana perasaan ego yang tebal dalam diri mereka.. mereka juga sanggup tidak bertegur sapa selama berpuluh tahun kerana tidak mahu memaafkan orang yang menyakiti mereka. ada juga yang sanggup melakukan perbuatan khianat dengan melakukan perbuatan sihir menyihir sehinggakan mangsa mati atau kehidupan mangsa musnah kerana tidak mahu memaafkan orang tersebut.

Wanita yang tabah walaupun dikhianati dia tetap memaafkan orang yang berbuat jahat kepada dirinya. baginya dengan memaafkan orang lain, hidupnya lebih tenang dan dia juga tidak akan mempunyai ikatan lagi dengan pengkhianat dirinya itu.  Wanita ini seperti mudah memaafkan pada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah. Padahal kita sendiri amat sukar untuk memaafkan orang lain.

Ciri wanita tabah yang leima adalah mereka tidak mengharapkan balasan yang besar terhadap apa yang mereka lakukan terutamanya melibatkan kasih sayang. Wanita sangat sinonim dengan kasih sayang. mereka mencurahkan kasih sayang mereka kepada orang yang mereka sayang secara kseluruhan atau secara jiwa dan raga. namun ada ketika merekadikhianati oleh pasangan mereka tetapi wanita yang tabah dia tidak membalasnya. mereka kekal memberi kasih sayang apabila diperlukan dan selebihnya dia akan mengdoakan kebahagiaan mereka yang disayanginya. sebagai contoh kasih seorang ibu kepada anaknya dan juga kasih seorang isteri kepada suaminya. Wanita yang tabah tidak mempunyai sifat mahu dibalas sebaliknya ikhlas dengan apa yang telah diberikan kepada mereka yang disayangi.

Wanita ini hanya mengharap pada Allah SWT dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita ini juga tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Penutup bagaimana menjadi wanita tabah?

Akhir sekali, bila sebut pasal tabah, bukanlah ia menjadi milik setiap manusia. ada kala manusia itu juga kecundang dalam ketabahan dan kekecewaan, justeru pastikan anda melakukan perkara-perkara positif agar kekecewaan dan ketabahan anda dapat diselesaikan secara baik dan semurna. semoga segala masalah anda di luar dan di dalam dapat diselesaikan sehabis baik dan anda dapat keluar dari permasalahan anda itu. kami sentiasa doakan yang terbaik untuk anda sekerluarga.


Post a Comment

Previous Post Next Post