Pan Gon Mahu Pengalaman Dion Cools Dalam Pasukan. Semalam, pemain pertahanan negara, Dion Cools menyertai latihan pasukan di Chiang Mai Thailand dalam persediaan menghadapi kejohanan king's cup yang akan bermula esok. 

Pan Gon Mahu Pengalaman Dion Cools Dalam Pasukan


Pan Gon Mahu Pengalaman Dion Cools Dalam Pasukan

Cools berkata mengenai jurulatih Kim Pan gon yang mahukan dia menggunakan pengalaman di eropah untuk diterapkan dalam pasukan kebangsaan.

"Dia mahu pengalaman saya di bawa dalam pasukan, dan saya rasa hubungan kami dalam pasukan juga baik dalam bola sepak.

"Kami faham apa corak permainan yang diinginkannya (Pan-gon), jadi saya perlu memainkan peranan berada di belakang untuk memandu pasukan sebaik mungkin yang saya mampu lakukan, dan saya rasa sebab itu beliau mempercayai saya.

"Di Eropah saya sentiasa mahu bantu pasukan dan 'guide' dari belakang, jadi saya tak fikir ia beri tekanan kepada saya.


"Tetapi ia sebahagian tugas sebagai pemain bola sepak untuk membantu pasukan sebaik mungkin dalam perlawanan," katanya yang sudah meraih 11 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.



Post a Comment

Previous Post Next Post