Indra Wijaya Tolak Selesaikan Kes Luar Mahkamah Dengan Lee Zi Jia. Pemain nombor empat dunia itu menerima satu lagi tamparan hari ini apabila disahkan bekas jurulatihnya, Indra Wijaya, telah menolak tawarannya untuk menyelesaikan dakwaan pertikaian pemecatan yang tidak adil di luar mahkamah.

Ini berlaku selepas kekalahan pusingan kedua baru-baru ini di Terbuka Jerman di Mulheim, yang menandakan penyingkiran awal keenam berturut-turut.


Indra Wijaya Tolak Selesaikan Kes Luar Mahkamah Dengan Lee Zi Jia



Selepas percubaan pengantaraan yang gagal di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) bulan lalu, minggu ini terbongkar bahawa Pasukan Lee Zii Jia (LZJ) telah membuat tawaran kepada Indra. JPP kemudian memberi masa sehingga 13 Mac kepada Indra untuk membalas tawaran itu.

Muhammad Yazid Mohamad Salim (Tetuan Wan Ahmad Ridzuan & Co), peguam Indra, memaklumkan Timesport bahawa anak guamnya telah menolak cadangan JPP dalam e-mel pada hari Jumaat.

Disebabkan sensitiviti situasi itu, Yazid enggan mendedahkan secara spesifik tawaran Team LZJ.

Post a Comment

Previous Post Next Post