Selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan semalam, pasukan Thailand dan Indonesia telah mengesahkan slot tempat mereka ke pusingan separuh akhir.

Thailand yang berjaya mengalahkan kemboja dengan jaringan 3-1 terus mengungguli juara kumpulan A. Manakala Indonesia sekadar menang tipis keatas filipina menyaksikan pasukan itu mendapat tempat ke dua kumpulan.

Thailand, Indonesia Layak ke Semi Final AFF 2022


Dari segi format permainan, pasukan Indonesia akan bertemu dengan juara kumpulan B dan pasukan Thailand pula akan bertemu dengan naib juara kumpulan B.

Berdasarkan kedudukan semasa, berkemungkinan besar pasukan Vietnam, Malaysia dan Singapura mampu lolos ke semi final. tetapi kena ingat hanya dua pasukan sahaja yang boleh layak.

Kita juga perlu tunggu perlawanan terakhir kumpulan B yang akan berlangsung pada malam ini. Malaysia perlu menang ke atas singapura malam ini agar dapat layak ke pusingan seterusnya.


Post a Comment

Previous Post Next Post