Gosip perpindahan pemain liga super semakin hangat di perkatakan. terbaru penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri Mohd Fauzi sah secara rasmi menjadi milik pasukan negeri sembilan fc. 

Pemain yang mesra di sapa dengan Eky itu meninggalkan pasukan Selangor fc baru-baru ini. Dia juga hanya menjaringkan satu gol sahaja dari 19 perlawanan yang dimainnya. 


Shahrel Fikri Sertai Negeri Sembilan FC


Eky berkata 

"Saya berharap untuk mendapat kembali minit permainan yang lebih baik sepanjang bersama Negeri Sembilan musim 2023 ini dan berpeluang beraksi semula dengan skuad kebangsaan.


"Selepas bebas daripada sebarang kecederaan, saya mahu membuktikan prestasi terbaik bersama pasukan baharu ini dan seterusnya dapat memikat semula pengendali kebangsaan, Kim Pang-gon," kata Shahrel, di sini, hari ini.


"Negeri Sembilan adalah pasukan yang memiliki reputasi besar dalam Liga M apabila berjaya menamatkan saingan Liga Super musim 2022 di tempat keempat.


"Pencapaian mereka itu mendorong saya memilih pasukan ini dan berharap dapat menimba pengalaman serta bimbingan yang lebih sempurna dalam usaha meningkatkan lagi tahapo prestasi saya.


"Saya yakin dan percaya, dengan kerjasama rakan-rakan lain yang lebih berpengalaman dalam pasukan ini seperti Mohamad Zaquan Adha (Abd Radzak) dan Mahali Jasuli selain Sean Eugene Selvaraj, memberi peluang saya untuk maju ke hadapan," katanya.


"Saya berazam untuk memberikan sumbangan terbaik dan membantu meletakkan pasukan Negeri Sembilan di persada liga tempatan," katanya yang mengesahkan menandatangani kontrak semusim bersama Negeri Sembilan.


Post a Comment

Previous Post Next Post