Menjelang pertemuan dengan Singapura, Pemain Malaysia sudah bersedia dengan sehabis baik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan negara. Lebih manis perlawanan esok akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Jadi sudah pasti ramai yang tidak sabar nak tengok kemenangan harimau malaya. Bercakap kepada media, Lee Tuck menjangkakan Singapura akan bermain bertahan dalam perlawanan itu nanti.


Singapura akan bermain Parking Bas!


Tuck berkata; "Saya rasa ia akan jadi hampir sama (Singapura akan bertahan menentang Malaysia), di mana mereka hanya perlukan satu mata. Kami pula perlu tampil lebih agresif dan dapatkan gol pertama seawal mungkin bagi memenangi perlawanan.


"Ia nampak berkesan kepada mereka (corak bertahan ketika mengikat Vietnam). Saya rasa kami perlu lebih peka tetapi dalam masa sama, saya percaya kami ada kualiti untuk memecahkan tembok mereka agar dapat menjaringkan gol," katanya yang sudah meledak dua gol dalam lima penampilan bersama skuad negara.


"Saya lihat mereka sentiasa ada lebih seorang pemain di belakang untuk menjadikan mereka sentiasa kompak.


"Jadi kami perlu memikirkan cara untuk memecahnya dan ia bukan mudah. Namun saya percaya kita ada kualiti dan akan tunjukkan dalam saingan ini," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post