Isu pengurusan TFC dan Nafuzi Zain mendapat perhatian Kerajaan terengganu di tambah pula dengan kekalahan mengejut pasukan itu kepada Selangor Semalam.


Saya mohon kedua-dua belah pihak Fokus Ke Final- Exco Terengganu


Saya mohon kedua-dua belah pihak Fokus Ke Final- Exco Terengganu

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdulah "Saya mohon kedua-dua belah pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan fokus satu lagi separuh akhir kedua minggu depan. Begitu juga pemain, peluang untuk melangkah ke final tetap ada walaupun ketinggalan dua jaringan.



"Jadi janganlah 'gelora' yang berlaku di luar padang memberi kesan kepada pemain. Masing-masing perlulah bersikap profesional dan berlapang dada serta tumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan yang bakal menjadi penentu sama ada layak ke final atau sebaliknya.


"Buat peminat setia, berilah kata-kata motivasi sama ada secara langsung ataupun dalam media sosial kerana ianya mampu membangkitkan semangat juang tinggi dalam kalangan pemain apatah lagi bakal beraksi di laman sendiri pada 21 November ini," katanya ketika dihubungi.


Post a Comment

Previous Post Next Post