AWAS Kebangkitan Terengganu - Tan Cheng Hoe. itulah laungan hati-hati yang dikeluarkan oleh jurulatih selangor menjelang aksi timbal balik di Stadium Sultan mizan nanti. Selangor berjaya mendapatkan bekalan selesa dari MBPJ dengan jaringan 3-1 menjangkakan saingan sengit dan juga kebangkitan luar biasa terengganu nanti.


AWAS Kebangkitan Terengganu - Tan Cheng Hoe


AWAS Kebangkitan Terengganu - Tan Cheng Hoe


Jurulatih itu berkata; "Sebagai jurulatih, saya masih berpegang dengan prinsip tiada apa yang mustahil kerana saingan kekal berbaki 90 minit dan keputusan 3-1 bukanlah jaminan buat kami mara ke final.


"Namun, harus diakui keputusan diraih kali ini boleh dijadikan pemangkin semangat untuk kami bawa ke Terengganu meskipun harus diakui pasukan lawan memiliki kualiti yang tidak boleh dipertikai," katanya selepas tamat perlawanan.


"Saya rasa apa yang dipamerkan pasukan sepanjang perlawanan cukup baik kerana bekerja keras daripada jentera serangan hingga pertahan untuk menghalang TFC beraksi seperti biasa.


"Tiga gol daripada sepakan sudut itu memberikan keyakinan buat pasukan dan pujian wajar diberikan kepada Mukhairi kerana melakukan hantaran cukup tepat untuk disambar rakan sepasukan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post