MUSA tukar nama ke MAFA? Selepas pelbagai isu yang melanda pasukan itu, kini Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa) bertukar nama kepada Persatuan Bolasepak Melaka (Mafa) dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan bola sepak negeri terbabit.

MUSA tukar nama ke MAFA?


Presiden Mafa, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, 

"Benar, jenama tidak penting, tetapi pentadbiran dan pengurusan itu yang perlu diutamakan. Saya percaya jika kualiti pentadbiran kita berjalan lancar, insya-Allah, sasaran untuk kembali ke Liga Super pada 2024 akan tercapai.


"Sehubungan itu, pasukan Melaka FC bakal bersaing mewakili Melaka pada saingan Liga M3, musim depan, sekali gus bakal membuka tirai saingan pada Februari 2023 dengan misi kembali ke Liga Super 2024, selain layak beraksi di Piala FA musim depan," katanya.


"Pada permulaan penyokong berpeluang menyaksikan perlawanan secara percuma di Stadium Hang Jebat yang menjadi venue perlawanan laman sendiri (home) dengan semua aksi berlangsung pada sebelah malam.


"Bagi memastikan masalah tunggakan gaji tidak berulang, kami menyediakan akaun khas yang diwujudkan khusus untuk memastikan pembayaran gaji pemain berjalan lancar setiap bulan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post