Menjelang pertemuan dengan Selangor, Nafuzi Zain berkata Selangor bertambah baik selepas cheng hoe ambil alih. Dia juga mengatakan yang fokus pemain terengganu juga tidak terganggu dengan isu dirinya dan pengurusan yang sedang hangat di perkatakan. 


Selangor bertambah baik selepas cheng hoe ambil alih - Nafuzi Zain




Selangor bertambah baik selepas cheng hoe ambil alih - Nafuzi Zain

Jurulatih terengganu itu berkata ; "Saya percaya pemain mampu mengekalkan momentum kemenangan dan kekal fokus untuk memberikan yang terbaik, ini dibuktikan pada aksi terdahulu kerana kita mahu penamat musim ini dengan noktah menggembirakan buat semua.


"Namun, saya tidak menafikan laluan ke final begitu mencabar kerana bertemu Selangor FC adalah perlawanan sukar, ditambah pula sejarah skuad itu dalam saingan Piala Malaysia.


"Mereka bertambah baik selepas diambil alih Cheng Hoe dengan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan berturut-turut serta hanya bolos tiga gol.


"Corak permainan skuad itu nampak lebih tersusun dan walaupun kami menang aksi separuh akhir Piala FA, pertemuan kali ini berbeza lebih-lebih lagi kali pertama bertemu skuad kendalian Cheng Hoe," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), di Gong Badak, petang semalam.


"Belum pasti siapa bakal diturunkan sama ada Suhaimi atau Rahadiazli, jadi saya perlu berbincang dengan jurulatih penjaga gol, Yazid Yassin terlebih dahulu.


"Tapi kedua-dua penjaga gol itu serta seorang lagi, Mohd Shamirza Yusoff mempunyai kekuatan tersendiri dan yang penting kami memburu keputusan positif sebelum aksi timbal balik di tempat sendiri pada 21 November ini," katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post