Sejak semalam, pemain bola sepak, Sharul Nazeem menjadi sebutan ramai apabila dia menjadi pilihan jurulatih,Kim Pan Gon untuk membuat debut pertamanya bersama skuad kebangsaan Malaysia.

Sharul Nazeem merupakan pemain pertahanan tengah untuk pasukan selangor memiliki kekuatan fizikal yang baik dan juga mempunyai keupayaan membaca perlawanan dengan sangat baik. Sebab itu dia menjadi pilihan jurulatih di kelabnya mahupun di skuad kebangsaan.


Biodata Sharul Nazeem, Pemain Pertahanan Selangor FC




Biodata Sharul Nazeem

Pemilik nama penuh Sharul Nazeem bin Zulpakar ini dilahirkan pada 16 November 1999 dan kini sudah berusia 23 tahun. Dia dilahirkkan di gombak, selangor dan mempunyai ketinggian setinggi 1.78 m (5 ka 10 in). 

Sharul juga seorang pemain yang versatile dan boleh bermain di beberapa posisi termasuklah di bahagian tengah. dia menggunakan kekuatan fizikalnya untuk menyekat kemaraan pemain lawan agar gawangnya tidak dibolosi. korang dah tahu macam mana sharul ni main? 

Mesti korang akan notice bakat yang dia ada. jom kita tengok beberapa fakta menarik untuk pemain ini.

Info Menarik Sharul nazeem

 

Dia bermain di posisi pertahanan tengah di dalam pasukan selangor dan memakai number badan 44. Dia memulakan kerjayanya sebagai pemain pada tahun 2017 apabila menyertai Marcerra United. Kemudian pada tahun 2018 dia menyertai Selangor III.

Pada tahun 2020, dia mula bermain bersama dengan pasukan Selangor 2 dan pada tahun 2021 sehingga sekarang dia mendapat tempat dalam skuad senior Selangor FC.

Bagi skuad kebangsaan pula, dia pernah dipanggil untuk skuad bawah 19 tahun dan juga pada tahun 2018 menyertai skuad bawah 23 tahun negara. pada tahun 2022 dia menyertai skuad kim pan gon untuk beberapa aksi persahabatan antarabangsa.

Kita doakan agar Sharul dapat mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kerana dia mempunyai bakat yang baik untuk diketengahkan. Sharul juga telah banyak bermain bersama dengan skuad selangor jadi pengalaman sebagai pemain utama itu sudah ada dalam dirinya.

Cumanya kita perlu gilap supaya menjadi lebih baik dan hebat pada masa hadapan. Sebenarnya aku suka tengok sharul main dalam liga super. Nampak firm dan juga solid di bahagian pertahanan walaupun dia masih muda. Semoga berjaya buat pemain ini dan teruskan konsisten dalam memburu tempat dalam skuad kebangsaan.

Good luck sharul.

Post a Comment

Previous Post Next Post