Jurulatih Tan Cheng Hoe sudah tidak asing lagi dalam dunia bola sepak tempatan. Kejayaan membawa pasukan kedah ke liga super dari liga perdana pada tahun 2015.

Tidak lupa juga jasanya membawa permainan menarik dalam skuad kebangsaan menjadi tan cheng hoe sebagai jurulatih yang disegani penyokong dan pemain bola sepak. Kini, cheng hoe menggalas tugas baru sebagai jurulatih pasukan Selangor fc yang baru.


Biodata Tan Cheng Hoe, Jurulatih Selangor FC


Biodata Tan Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe dilahirkan pada 30 Mei 1968 merupakan seorang pengurus dan bekas pemain bola sepak dari Malaysia dan berasal dari negeri kedah. Isteri cheng hoe bernama Jocelyn Tan. Sebagai pemain, Tan bermain untuk pasukan Kedah FA dalam tiga final Piala Malaysia dari tahun 1988 hingga 1990. Dia tewas pada edisi 1988 dan 1989, namun akhirnya memenangi trofi itu pada edisi 1990.

Cheng Hoe bermain di posisi tengah ketika eranya sebagai pemain.  

Instagram : Instagram Cheng hoe

Kronologi kerjaya tan cheng hoe

 

Pada tahun 2004 sehingga 2013, Cheng Hoe banyak mengabiskan masa sebagai pembantu k rajagopal untuk skuad muda negara. Mereka berdua berjaya mencapai peringkat suku akhir Kejohanan Remaja AFC 2004 dan layak ke Kejohanan Remaja AFC 2006. Malaysia juga menamatkan kemarau trofi mereka dalam bola sepak serantau dengan memenangi Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010.

Selepas itu barulah cheng how menjadi jurulatih pasukan Kedah menggantikan dave mitchell yang direhatkan.  Pada 2015, beliau membantu Kedah memenangi Liga Perdana dan layak ke Liga Super. Beliau dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Tahunan Liga-M di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 selepas kejayaan Piala Malaysia, menduduki tempat ketiga dalam Liga Super dan mencapai separuh akhir Piala FA.

Pada 2017, beliau kembali sebagai penolong jurulatih Malaysia di bawah Nelo Vingada. Dia mengambil alih sebagai ketua jurulatih Malaysia selepas Vingada mengambil keputusan untuk berundur berikutan beberapa keputusan buruk skuad negara.

Dalam persiapan untuk Piala AFF 2018, cheng hoe berjaya membawa Malaysia ke final piala AFF namun tewas kepada pasukan vietnam di tempat lawan. Kemudian pada tahun 2021, Malaysia melalui kempen tidak baik di AFF apabila tersingkir awal dari kejohanan tersebut yang menyaksikan tan cheng hoe meletak jawatan dari skuad kebangsaan.

Pada 24 september 2022 pula, pasukan Selangor fc membuat pengumuman awal mengenai pelantikan cheng hoe sebagai jurulatih mereka untuk musim 2023 agak mengejutkan para peminat bola sepak tempatan. Namun rata-rata penyokong selangor memuji tindakan pengurusan mereka tersebut.

Kita doakan, cheng hoe dapat mengemudi pasukan Selangor FC dengan baik seterusnya mengangkat martabat selangor sebagai gergasi bola sepak Asia. Serta menjadikan selangor sebuah pasukan yang digeruni. Semoga berjaya coach!

Post a Comment

Previous Post Next Post