Selangor Hampiri Final Piala Malaysia. Aura jurulatih Tan Cheng Hoe sangat berbisa dan kali ini Terengganu fc pula menjadi mangsa mereka. Dalam perlawanan separuh akhir pertama semalam, Selangor menngalahkan Terengganu dengan jaringan 3-1 di stadium MBPJ tau. 


Selangor Hampiri Final Piala Malaysia


Selangor Hampiri Final Piala Malaysia

Dalam perlawanan semalam, skuad gergasi merah dibolosi awal pada minit ke 18 menerusi sepakan percuma kipre tchetche.  kemudian pada minit ke 37, pemain import selangor Ankrah menjaringkan gol penyamaan dari sepakan sudut yang di ambil oleh mukhairi ajmal.

pada minit ke 43, gawang terengganu bolos lagi dari sepakan sudut juga dan kali ini Herlison Caion menanduk bola hantara pemain yang sama iaitu mukhairi ajmal menjadi kan kedudukan sebelum rehat babak pertama selangor 2-1 terengganu.

Bersambung babak kedua, Selangor berjaya mendapatkan gol ketiga mereka dan kali ini juga menerusi tandukan hasil sepakan sudut dan gol menjadi milik shahrul nazeem.

Keputusan akhir kekal dengan selangor 3-1 Terengganu.


Post a Comment

Previous Post Next Post