JDT Layak ke Final Piala Malaysia 2022.  Semalam, berlangsung perlawanan separuh akhir kedua untuk tm piala malaysia 2022 yang mana kita menyaksikan JDT berjaya mengalahkan Sabah dengan jaringan 4-1 dari segi agregate.


JDT Layak ke Final Piala Malaysia 2022


JDT Layak ke Final Piala Malaysia 2022

Kemasukan Jordi Amat dan juga Nazmi Faiz mansor menjadi duri dalam daging apabila aksi mereka sangat mengujakan dalam perlawanan semalam. 

Sebaik babak pertama bermula, JDT yang membawa bekalan kemenangan 1-0 ke atas skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee/ Gol pertama muncul pada minit ke 35 menerusi jaringan bergson yang mendapat hantaran lintang dari corbin. Bergson menanduk masuk bola menewaskan damien.

Pada minit ke 41, Arif Aiman menambah derita Sabah apabila mendapatkan gol kedua JDT dan kali ini dia mendapat hantaran tepat dari Nazmi faiz. Arif hanya buat taping kedalam gawang gol untuk mendapatkan gol tersebut.

bersambung babak kedua, Park Tae su berjaya menjaringkan gol selepas bola muntah yang dilepaskan farizal marlias menjadi sabah merapatkan jurang gol.

Namun sebelum tamat perlawanan, Syafiq ahmad berjaya menjaringkan gol terakhir menjadikan keputusan akhir perlawanan jdt 3-1 Sabah.


Post a Comment

Previous Post Next Post