Bergson Tumbuk Kepala Pemain Kedah. Sebenarnya Tak Perlu Sampai Tumbuk kepala pemain lain.  Seorang pemain import perlu tunjuk contoh terbaik kepada pemain tempatan, supaya jadi ikutan dan contoh untuk majukan diri

Ramai juga yang mengecam tindakan pemain JDT itu yang dianggap tidak professional ketika menentang pasukan kedah. Tindakan bergson ketika di atas padang itu menyebabkan dia dilayangkan kad merah dan dibuang padang oleh pengadil perlawanan.

Tak Perlu Sampai Tumbuk kepala pemain lain


Peranan pemain import seharusnya menjadi tempat timba ilmu untuk pemain tempatan. jika yang diajar benda tidak elok, maka ia boleh menjadi ikutan pemain tempatan. 

Oleh sebab itu, setiap pemain perlu matang dalam permainan jangan cepat koyak sehinggakan merosakkan nama baik pasukan.Kita tak suka melihat pemain import bertindak buruk seperti apa yang dilakukan oleh bergson. 

Jadi kita harap perkara ini tidak berulang lagi. Setakat ini, tindakan bergson masih belum mendapat perhatian FAM lagi kerana mereka masih meneliti kes yang berlaku.

Adakah FAM mampu menghukum bergson dengan hukum yang lebih berat? sama-sama kita nantikan.

Post a Comment

Previous Post Next Post