Sinopsis Drama Bravo My Life.. sebenarnya drama kekeluargaan yang sangat menarik. Mempunyai banyak keluarga dalam satu cerita menjadikan ia sangat lain dari yang lain untuk ditonton. Drama ini juga dibintangi pelakon hebat yang menjadikan jalan cerita ini sangat menarik untuk ditonton.Drma ini dibintangi oleh pelakon utama nam sang ji dan pelakon yang byeong yeol. Kedua-dua mereka merupakan pelakon hebat dan mempunyai aura tersendiri. Ramai suka watak heroin cerita ni tau. nampak tenang dan sangat bersahaja. Jadi jomlah kita baca sinopsis drama bravo my life ini dibawah ya.


Sinopsis Drama Bravo My Life


Sinopsis Drama Bravo My Life

"Bravo, My Life" mengambil alih slot masa Isnin hingga Jumaat 20:30 KBS1 yang sebelum ini diduduki oleh "The All-Round Wife."

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seo dong hee. Walaupun Seo Dong Hee berasal dari latar belakang keluarga yang miskin, dia mempunyai personaliti yang cerah dan positif. Dia bermimpi untuk menjadi seorang pereka dan perlahan-lahan berusaha untuk mencapai impiannya. 

Dia memutuskan untuk menjadi ibu kepada anak saudaranya dan membesarkannya sendiri. Dia juga terlibat dengan Kang Cha Yeol. Bapa Kang Cha Yeol mengusahakan sebuah syarikat besar. Ayahnya mahu dia bekerja di syarikatnya, tetapi Kang Cha Yeol tidak mahu. 

Dia mahu kembali ke A.S., tetapi dia sedar dia tidak boleh berbuat apa-apa tanpa sokongan kewangan bapanya. Ayahnya menyuruh Kang Cha Yeol bekerja selama 1 tahun di syarikatnya.

Apakah kesudahan yang akan terjadi kepada keluarga besar ini? Dapatkah mereka menangkap pejenayah sebenar atau mereka terus hidup dalam penindasan? Sama-sama kita nantikan.

Info Drama Bravo My Life

Drama bravo my life ini merupakan drama dari korea selatan yang mempunyai 120 episod keseluruhannya. Banyak gila episod dia kan. Drama ini sedang ditayangkan sejak 11 april 2022 dan dijangka akan habis pada 29 september 2022 nanti. Ia juga ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat di saluran KBS 1. Setiap episod mempunyai durasi masa 30 minit dan mempunyai had umur 15 tahun keatas sahaja.


Drama ini mendapat markah 7.8/10 untuk keseluruhan cerita ini termasuklah dengan pelakon. Sikit juga markah yang netizen bagi ni.


Bravo my life juga dikenali sebagai cheer up my life ini diarahkan oleh sung joon hae dan skripnya ditulis oleh koo ji won. Nama lain yang sering digunakan oleh penonton adalah drama Bravo, My Life (English title) / Cheer Up My Life (working title) / Eurachacha My Life (literal title).

Tajuk yang diubah menjadi Eurachacha Nae InsaengIa bergenre romantik komedi dan kekeluargaan.

Pelakon Drama Bravo My Life

Pelakon utama dalam drama ini adalah Nam Sang ji yang melakonkan watak sebagai seo dong hee. Pelakon Yang Byeong yeol sebagai kang cha yeol dan pelakon lee shi kang sebagai kang sung wook. Kita juga ada pelakaon cha min ji sebagai baek seung joo.


Dalam drama ini, pelakon lain yang turut terlibat adalah seperti Kim Hee Jung sebagai seo myung sook dan jo mi ryung sebagai bang hye ran. Kita juga ada pelakon kim ha yun sebagai kim hye na dan pelakon geum ho suk sebagai kim tae pyeong. 


Selain itu, kita juga ada pelakon lee dae yeon sebagai jang hyun seok dan pelakon kim do kyung sebagai lee jong min. Kita juga ada pelakon sun woo jae duk sebagai kang in gyu. Pelakon park hae mi sebagai choi mi kyung dan pelakon lee han wi sebagai kim jung ho.


Yang terakhir, kita ada pelakon im chae won sebagai kim jong un dan pelakon Hong Ah REUM sebagai park ja young.

Kita juga ada pelakon jemputan yang terdiri daripada  pelakon lagenda kim young ok sebgaia nenek dong hee dan pelakon seol jung hwan sebagai seo jae seok. Kita juga ada pelakon comel kim seo a sebagai seo dong hee.

Ramai juga pelakon dalam drama ni. Mungkin sebab episod dia sampai serabus dua puluh. Jadi dia perlukan ramai orang untuk elakkan dari kebosanan tu. Kalau tak mesti takt ahu nak expand cerita tu sampai mana.

Selalunya kalau drama panjang ni, jalan cerita dia macam jalan cerita indon. hahaha ada saja yang dia nak bagi konflik. Kadang-kadang tu sampai dah dapat agak dah bila episod nak bersambung kan.

Ada kala jalan sebelah tapi tak jumpa, last-last jumpa dekat hujung-hujung drama dah. haha. bila dah tengok banyak drama, kita dah tau apa yang akan berlaku kan.

Review Drama Bravo My Life

Aku cari juga review drama ini, tapi tak ramai pula yang update review. Mungkin sebab utamanya adalah kerana drama ni tak habis lagi. Jadi diorang pun tak tahu nak review apa kan. Jadi terpaksalah kita tunggu sampai habis.

Tapi ada satu review yang aku jumpa, pengomen berkata;

Permata & pelakon tersembunyi!


Mencari drama untuk diisi sementara menunggu Liberation & My Blues. Sangat gembira saya dapati Bravo Kehidupan saya! Secara harfiah, saya menunggu setiap hari untuk epi baharu & akan menyimpannya untuk menonton hujung minggu sebagai ganjaran.

Kenapa saya suka?

Kebanyakannya 2 pelakon ini- ialah Sang Ji & Byeong Yeol. Mereka sangat serasi, sangat mesra, begitu PositioningCrew, kacak & cantik.

Sang Ji layak mendapat pengiktirafan lebih! Dia cantik & berlakon dengan baik. Begitu semula jadi. Melihat Byeong Yeol dalam beberapa drama tetapi paling suka dia dalam ini- sebagai seorang lelaki muda yang teguh dan kuat perwatakan.

Jalan cerita Tho boleh diramal, pada saya, salah satu drama panjang yang terbaik. Kerana pelakon sokongan memakan setiap orang yang tampan & tampan. Macam makcik & saingan cinta juga. Semak ia!

Tolong pengarah, hantarkan Sang Ji dalam lebih banyak rancangan.

Penutup Drama Bravo My Life

Aku sempat juga layan drama ini. Aku boleh simpulkan drama ini terlalu panjang dan agak menjemukan untuk ditonton oleh orang yang macam aku ni. Tetapi korang yang dah lama tengok drama mungkin tak kisah sangat dengan durasi episod dia ni.

Kalau korang ok, tak salah untuk tonton sampai habis. Kalau korang macam aku, gamaknya kita tunggu dah habis baru marathon balik tengok setiap episod. hehe Baru rasa cepat habis kan. 

Yang penting korang kena tengok sendiri dan kemudian barulah ambil keputusan untuk review drama ni ya. Kadang-kadang drama ni best dekat hujung-hujung dan ada kalanya best dekat tengah dan awal.

So, nasib kite lah macam mana nak faham dan nak adaptasi dengan drama yang kita tonton ini. Akhir sekali, aku cadangkan korang untuk tonton drama ini sehingga selesai dan diharap ia dapat membantu anda mengakhiri drama ini sehingga habis.

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post