Hai semua, aku nak kongsikan mengenai drama baru ini. Drama Hunted ini mengisahkan kehidupan pemburu babi hutan yang sering dikelilingi dengan orang hilang di kawasan berkenaan. Aku rasa drama ini sesuai untuk ditonton utntuk peminat drama korea yang suka jalan cerita pendek dan ringkas. Sebabnya adalah drama ini hanya mempunyai 4 episod sahaja. tapi penuh dengan jalan cerita yang padat dan menarik.


Drama Hunted Mula dapat perhatian Penonton..




Kalau korang yang jenis penakut, hati-hatilah tengok drama ni tau. hehe nanti asyik terkejut jer. Tapi siapa pula yang menculik orang yang mendaki dan juga orang yang datang ke kampung tu? Dalam takut-takut pun rasa nak tengok lagi next episod kan. hehe

Jom baca sinopsis drama hunted yang telah kami kongsikan dan tulis untuk anda init.

Sinopsis Drama Hunted

Drama hunted ini mengisahkan tentang kisah pemburu babi dihutan yang sering ditanya mengenai orang hilang di hutan berkenaan. Semasa pemburuan babi berjalan di kampung desa biasa, kes orang hilang berlaku. Sekeliling kes orang hilang, rahsia orang kampung itu terbongkar satu persatu.


Young Soo ialah seorang lelaki pertengahan umur di kampung. Dia berkahwin dengan Chae Jung. Pada suatu hari, Young Soo pergi ke gunung untuk memburu babi hutan bersama rakan-rakannya. Babi hutan merosakkan tanaman di kampung. Semasa di gunung, Young Soo menghadapi situasi yang tidak dijangka.


Ok Soon telah tinggal bersama cucunya sejak anak dan menantunya meninggal dunia dalam kebakaran. Ok Soon percaya kebakaran itu dilakukan oleh beberapa orang di kampung itu. Dia tidak mempercayai penduduk kampung dan, selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer, dia lebih berhati-hati dengan mereka.


Chae Jung ialah isteri Young Soo. Dia sering meluapkan kemarahan kepada Young Soo, tetapi sebaliknya dia seorang yang berhati hangat. Disebabkan keperibadiannya, dia popular di kalangan orang kampung. Selepas anak lelakinya hilang pada hari Young Soo memburu babi, dia menjadi musnah dari segi mental.

Amacam, best tak drama 4 episod ni? baca sinopsis pun dah dapat agak dah drama iini macam manakan. memang misteri dan penuh dengan pelbagai persoalan. Jom kita baca apa info drama hunted yang telah kami telah tulis untuk anda.

info Drama Hunted

Drama yang berasal dari korea selatan ini mempunyai 4 episod sahaja dan mula ditayangkan pada 1 ogos 2022 yang lalu dan dijangka akan tamat pada 22 ogos 2022 nanti.. Ia ditayangkan pada setiap hari isnin dan disebarkan oleh MBC. Drama ini mempunyai durasi masa 1 jam 9 minit. Setakat ini masih belum tahu had umur untuk penonton drama ini. jadi kalau korang rasa tak sesuai untuk ditonton oleh budak-budak korang boleh komen dekat bawah ya.


Setakat ini para penonton drama ini memberi markah sebanyak 7.8/10 untuk drama 4 episod ini. Ia juga dieknali sebagai maetdwejisanyang ini diarahkan oleh song yeon hwa dan skripnya ditulis oleh jo beom gi. 

Ia bergenre thriller mencemaskan dan juga ada elemen misteri. kisah pasal pemburu di hutan memanglah menakutkan kan. hehe. Berlatarkan sebuah kampung memberi nilai tambah untuk drama hunted ini.

Jarang betul nak ada cerita korea macam ni. selalunya pasal rasuah salah guna kuasalah. anak tiri nak bunuh bapa tiri lah. Selalunya maslaah keluarga yang tercicir lah. tapi kali ini ia berkisar mengenai keluarga di sebuah kampung yang memburu babi hutan.

Lain daripada yang lain. jadi jom sekarang kita tengok siapa pula pelakon hebat untuk drama hunted ini.

KOrang dah tengok preview drama hunted ni? aku rasa korang kena tengok dulu untuk faham jalan cerita dia. Seronok itulah yang aku boleh ungkapkan untuk drama ni. maksud aku untuk preview drama ni tau.

pelakon dia sangat membantu jalan cerita drama ni. pengarah dia pun bijak guna pelakon untuk dapatkan hasil yang maksimal untuk karya dia kali ini.

pelakon Drama Hunted

Walaupun pelakon drama ini jarang dikenali tetapi pelakon utamanya sangat hebat sehinggakan rasa real betul drama ni. Ada masa macam kita pula salah satu watak dalam cerita tu. korang mesti nak tahu siapakah pelakon utama, pelakon pembantu dan juga cameo untuk drama hunted ni kan. Jom sambung baca di bawah ini ya.

Pelakon utama dalam drama ini adalah Park Ho san yang membawa watak sebagai young soo dan pelakon ye soo jung sebagai ok soon. kita juga ada pelakon kim soo jin sebagai chae jung.


Pelakon ini dibantu oleh pelakon lain seperti lee ji won sebagai yeon chae. pelakon leee hyi je membawa watak seabagi in seong. pelakon lee min jae pula membawa watak sebagai hyun min dan pelakon hwang jae yeol pula membawa peranan sebagai du man. 


Selain itu, kita juga ada pelakon cha shi won sebagai joo hyub dan pelakon lee kyu hoe pula membawa watak sebagai jin kuk. pelakon yoo soon woong pula membawa watak seabagi ketua kampung. Pelakon kwak ja hyung pula membawa peranan sebagai man seok. 


kita ada pelakon cameo untuk drama ini iaiti pelakon otai hong suk bin yang membawa watak sebagai penduduk kampung dalam episod 1.

review Drama Hunted

Sebenarnya drama ini masih tidak ada review secara keseluruhannya. Mungkin ramai yang tak tau atau masih belum tengok walaupun 4 episod sahaja. jadi korang bacalah sikit mengenai drama hunt boar ini ya. 

“Kisahnya bermula dengan kebimbangan seorang bapa yang tidak dapat dibayangkan bahawa dia mungkin telah membunuh anaknya sendiri. Bermula dengan kebimbangan itu, keraguan tentang seseorang bermula, hatinya menjadi tindakan yang dahsyat, tindakan yang mengerikan itu menjadi syak wasangka orang lain, 

dan hatinya menjadi satu lagi tindakan yang dahsyat... Apa yang kita lakukan dalam menghadapi kebimbangan? Adakah anda akan menafikannya, adakah anda akan mengakuinya, atau adakah anda akan menubuhkan syaitan lain? Anda akan keliru di mana segala-galanya berlaku. Drama ini adalah potret diri untuk kita semua yang boleh menjadi raksasa pada bila-bila masa, bukan untuk mereka yang sudah menjadi raksasa.”

itu sahaja untuk review dan info mengenai drama hunted ni.

penutup Drama Hunted

Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama menarik ini. Boleh dikatakan tak seram sangat tetapi banyak unsur kejutan dan merungkai misteri yang ada dalam kampung tersebut. Jangan termiss satu episod pun sebab dia ada 4 episod sahaja. hehe

Setiap episod ada jalan cerita yang menarik dan yang pasti pengembaraan mencari jawapan terhadap misteri tersebut menarik untuk dihayati dan ditonton. Semoga ia menambah salah satu koleksi drama korea yang korang minat tau.

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post