Drama Cleaning Up Lakonan Bintang Running Man Jeon So Min Drama korea selatan ini bertajuk cleaning up yang mengisahkan tentang pekerja tukang cuci yang terlibat dalam aktiviti gelap dan jenayah. Drama ini mempunyai 16 episod sahaja dan ditayangkan pada 4 jun 2022 sehingga 24 julai 2022. Drama ini ditayangkan di jtbc dan juga di saluran astro tau. 

Drama yang ditayangkan pada setiap hari sabtu dan ahad ini mempunyai durasi masa 1 jam 10 minit. Had umur untuk drama ini adalah 15 tahun keatas sahaja. Kalau ada bawah umur nak tengok, kenalah ada orang dewas sekali tau.

Drama Cleaning Up Lakonan Bintang Running Man Jeon So Min


Drama Cleaning Up mengambil alih slot masa Sabtu & Ahad 22:30 JTBC yang sebelum ini diduduki oleh "My Liberation Notes" dan diikuti oleh "The Good Detective 2" pada 30 Julai 2022.

Siri drama ialah pembuatan semula siri televisyen UK "Cleaning Up" yang disiarkan di ITV pada 2019.

Selalunya drama yang dibintangi oleh ahli runningman agak popular di negara-negara asia tenggara. Tapi drama ni tak berapa nak popular pula. Selain jeon so min, ahli runningman yang pernah dan bekerja sebagai pelakon adalah kim jong kook, song ji ho dan Haha..

Tak sabar nak baca sinopsis drama cleaning up ni kan. jom sabung baca di bawah ini ya.

Sinopsis Drama Cleaning Up

Drama ini diarahkan oleh Yoon Sung Shik dan skripnya ditulis oleh Choi Kyung Mi. Yang menarik drama ini adalah dia bergenre comedy, jenaya dan juga penuh dengan drama tau.

Drama ini mengisahkan tentang Eo Yong Mi, Ahn In Kyung dan Maeng Soo Ja bekerja sebagai wanita pembersih di sebuah syarikat broker.

Eo Yong Mi membesarkan dua anak perempuannya seorang diri dan dia bergelut untuk mencari rezeki. Seorang In Kyung bermimpi untuk membeli trak makanan untuk menjalankan perniagaan kafe mudah alih.

 Maeng Soo Ja kelihatan seperti seorang yang sangat bergaul, tetapi dia hanya mesra dengan orang apabila dia memerlukan mereka. Ketiga-tiga wanita pembersihan ini kebetulan mendengar maklumat orang dalam di tempat kerja mereka.

 Mereka melabur wang mereka dalam saham, menggunakan maklumat dagangan orang dalam.

Sinopsis episod 6 Drama cleaning up English

Dengan Swanny di belakangnya terdesak untuk wangnya, dunia Sam runtuh apabila tuan rumahnya kembali dengan berita yang mendukacitakan. Berterus-terang kepada Dave mungkin menyelesaikan masalah Sam tetapi dia berisiko kehilangan keluarganya. 

Tanpa pekerjaan dan rumah, Sam berpindah bersama Jess dan bersama-sama mereka mencipta idea yang bernas tetapi berbahaya tentang cara mengembalikan kehidupan mereka ke landasan yang betul. Tetapi Rangkaian akan melakukan apa-apa cara untuk melindungi nama mereka.

Pelakon dan Watak Drama Cleaning up.

Bagi yang tak tahu dalam drama ini jeon so min membawa watak sebagai ahn in kyung. Manakala pelakon yeom jung ah sebagai eo yong mi. Selain itu, kita juga ada pelakon lee mo saeng sebagai lee young shin. aku suka watak pelakon kim jae hwa yang membawa watak sebagai maeng soo ja. Watak ini adalah yang keempat dari empat pelakon awal ini.

Seterusnya pelakon na in woo yang juga ahli 2 days one night sebawagi watak lee doo yeong. Lawak mamat ni rupanya. hehe Seterusnya ada pelakon kim na yoon sebagai hye sook yang turut membawa watak hebat dalam drama ini.

Selain itu, kita juga ada pelakon jang shin young sebagai geum jan di. Seterusnya kita ada kil hae yeon  sebagai moran. legend tau pelakon ni. 

Kita juga ada pelakon gal so won sebagai jin yun ah dan seterusnya pelakon song young chang sebagai song woo chang. Dtiambah pula dengan pelakon ha shi wun sebagai boo so yeon.

Selain itu, kita ada pelakon kim tae woo sebagai jin seong wo. pelakon oh seung yun pula membawa watak sebagai choi byeong ryul. Kemudian song jae hee sebagi yoon tae kyung pula.

Review Drama cleaning up.

AKu boleh katakan yang drama ini menghimpunkan komedi dan drama dalam satu karya. Susah nak jumpa drama korea yang ada lawak-lawak ni. Kalau ada pun kejap jer lepas tu pakat serius balik. Tapi drama ini sangat lain dari yang lain.

Korang boleh santai-santai tengok kerana jalan cerita dia tak berat sangat. Yang paling penting tak perlu kusut kepala nak fikirkan masalah ataupun isu-isu yang dibawa dalam drama ini. Selain itu, ia juga menekan kan mengenai keluarga kita.

Kepentingan menjaga keluarga dan kepentingan mencari duit untuk keluarga kita. selain itu, dia juga menceritakan mengenai perit getir seorang ibu yang terpaksa bekerja bagi membayar sewa rumah mereka.

Ibu itu merupakan antara 4 sekawan yang ada dalam cleaning survice tersebut. Ada juga part sedih tapi tak terlalu sedih sangat dalam drama ni. Part lakonan jeon so min pun sangat bersahaja dan penuh komedi.

Sekali tengok dah macam dalam runningman dah tau. hehe yang terakhir, aku boleh bagi 8/10 untuk cerita ini sebab aku suka jalan cerita yang tak terlalu berat dan sangat menarik untuk ditonton.

Penutup drama cleaning up.

Jujur aku cakap, aku tonton drama ini sebab jeon so min sahaja. ahaha tapi bila dok layan tu makin lama makin best pula jalan cerita dia.jadi sebab itulah aku ambll peluang untuk kongsikan dengan korang mengenai drama ni. \

Bukan senanang tau aku nak buat review dan sinopsis drama ni. bila terlebih rajin sahaja yang aku buat tau. haha. korang pun jangan lupa untuk tonton drama cleaning up yang sangat santai dan penuh dengan komedi ni tau.

Selamat menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post