Ia perlawanan sukar - Jurulatih JDT. Menjelang pertemuan separuh akhir pertama piala malaysia malam ini, pasukan JDT yang tampil dengan kekuatan maksima pasti mahu memenangi perlawanan ini. JDT hadir ke stadium likas bagi misi membawa banyak gol dari perlawanan ini. 


Ia perlawanan sukar - Jurulatih JDT


Ia perlawanan sukar - Jurulatih JDT

Sementara itu, jurulatih pasukan JDT Hector bidoglio berkata, ini merupakan perlawanan sukar bagi mereka dan perlu fokus terhadap pasukan sendiri bagi melancarkan rancangan yang telah di rancang.

"Ia perlawanan sukar bagi kami apabila berdepan Sabah FC dan corak permainan berintensiti tinggi. Walaupun mereka bergelut untuk layak ke separuh akhir, saya tidak anggap mereka bernasib balik, sebaliknya pasukan itu memiliki kekuatan tersendiri sebab itu mereka boleh mara ke peringkat itu.

"Saya tidak mahu memikirkan tentang pasukan lawan, apa yang saya lakukan adalah memberi fokus kepada JDT iaitu memastikan persiapan dirancang untuk perlawanan separuh akhir berjalan lancar selain proses pemulihan pemain selepas mengharungi aksi suku akhir berada di tahap memuaskan.

"Kami kena perbaiki lagi kelemahan yang ada dan sentiasa berlatih untuk merencanakan taktikal bakal digunakan pada perlawanan itu nanti, malah kami harus tampil dengan corak permainan lebih baik berbanding aksi lepas," katanya.


"Shahrul (Saad) boleh beraksi selepas digantung satu perlawanan tapi beberapa pemain dalam bahaya kerana mengutip satu kad kuning dan mereka harus berhati-hati bagi mengelak dikenakan kad lagi kerana aksi timbal balik amat penting bagi kami.


"Saya harap Bergson (Da Silva) sudah meledak lima gol pada saingan Piala Malaysia mengekalkan momentum jaringan buat JDT apabila diturunkan untuk membawa pulang bekalan yang selesa.


"Pemain saya harus mengelak beraksi dengan tergesa-gesa dan perlu tenang menyusun strategi permainan dan pantas bertindak untuk menjaringkan gol," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post