Dapat surat tawaran dari Kitman - Nafuzi. Isu kontrak jurulatih pasukan terengganu sekali lagi menjadi bualan apabila jurulatih berkenaan sendiri mendedahhkan yang dia terkilan dengan pengurusan pasukan terengganu itu. Nafuzi berkata, pihak pengurusan memberi surat tawaran menerusi kitman pasukan pada 29 oktober yang lalu.


Dapat surat tawaran dari Kitman - Nafuzi

Dapat surat tawaran dari Kitman - Nafuzi

 Nafuzi juga mendedahkan , "Sekarang adalah masa yang sesuai untuk saya luahkan, berkenaan surat tawaran lanjutan kontrak memang saya menerimanya, surat berkenaan bertarikh 27 Oktober ketika perlawanan dengan Sri Pahang FC, tapi surat itu diserahkan kepada saya pada 29 Oktober oleh 'kitman' pasukan di padang latihan.


"Jadi saya rasa terkilan kerana mungkin saya jurulatih pertama di Malaysia mendapat surat tawaran yang diberikan oleh kitman, sedangkan TFC adalah kelab profesional, saya rasa begitu kecewa.


"Sepatutnya pihak pengurusan perlu memanggil saya berbincang mengenai tawaran kontrak dan apa KPI (petunjuk prestasi utama) yang perlu dan apakah perancangan dan penambahbaikan untuk memantapkan lagi pasukan, lagipun TFC akan bersaing di pentas Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim depan.


"Tapi malangnya dalam surat itu sudah ada KPI untuk saya musim depan tanpa ada sebarang perbincangan, hala tuju pasukan tanpa sebarang perbincangan, bagi saya bukan soal gaji, tapi yang penting bagaimana sebuah pasukan menghargai saya sebagai jurulatih selepas segalanya sudah saya berikan dengan layak ke Piala AFC, mara ke final Piala FA dan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kedua, ini bukan sesuatu yang mudah termasuk selangkah lagi mara ke final Piala Malaysia.


"Sepatutnya kelab profesional tidak seperti ini, pihak pengurusan perlu memanggil saya, KPI yang ditetapkan dalam surat itu pun bukan sesuatu yang mudah dan sukar, sepatutnya kedua-dua pihak perlu ada perbincangan lanjut, apa-apapun saya tetap fokus kepada pasukan dan saya tegaskan sedikitpun tidak menjejaskan pasukan, saya berjanji akan buat yang terbaik.


"Pengurusan berhak sebab majikan saya, mereka berhak untuk menyambung dan tidak kontrak saya, bagi saya desas-desus dan khabar angin itu adalah sesuatu yang biasa dalam bola sepak, tapi pihak pengurusan sepatutnya memanggil saya adakah saya menerima tawaran berkenaan, tapi pihak pengurusan tidak berbuat demikian.


"Terus terang pemain menyokong saya, mereka memahami situasi saya lalui, disebabkan itu KPI musim ini tercapai, jadi kenapa pengurusan melayan saya sebegini? Itu mereka boleh jawab sebab saya tahu pun kontrak saya bakal disambung selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd dan bukannya daripada pihak pengurusan TFC.


"Jadi cukup tempoh 14 hari yang diberikan kepada saya untuk menjawab surat berkenaan, saya akan menyerahkan surat itu pada esok (hari ini) di pejabat TFC," katanya yang bakal tamat kontrak pada akhir November ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post