Khabar gembira mengenai tiada away goal ini sudah pasti menjadi satu motivasi kepada pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia 2022 bermula 25 hb ini. MFL telah mengeluarkan kenyatan berhubung perkara tersebut dan sudah pasti ia disambut baik oleh pasukan-pasukan yang bertanding.


MFL MENYELARASKAN PERATURAN AWAY GOAL SELARI DENGAN PERUBAHAN UEFA DAN AFC Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah memansuhkan kelebihan jaringan di tempat lawan (Away Goal) dalam kejohanan kalah mati berkuatkuasa pada hari ini selaras dengan perubahan terkini AFC dan UEFA. “Berdasarkan Artikel 2.6.3(iv)(vi) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga Malaysia di mana ia adalah peraturan semasa untuk menentukan kelab pemenang dalam pertandingan kalah mati merangkumi peraturan Away Goal. “Pada 24 Jun 2021, UEFA telah membuat keputusan untuk memansuhkan peraturan Away Goal bermula musim 2021/2022 sementara pada 1 Ogos 2022 pula, AFC telah memaklumkan keputusan untuk memansuhkan peraturan Away Goal bermula musim hadapan. “Justeru MFL telah memutuskan untuk menyelaraskan peraturannya dengan perubahan terkini AFC dan UEFA dengan memansuhkan peraturan kelebihan 'away goal' dalam kejohanan kalah mati di mana perubahan peraturan ini bermakna bahawa perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit timbal balik, akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit. “Jika kedua-dua pasukan masih terikat, maka pemenang perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi hari ini. Ini bermakna pemansuhan peraturan tersebut akan berkuatkuasa dalam kejohanan TM Piala Malaysia 2022 yang bakal membuka tirai pada 26 dan 27 Oktober 2022.




Tiada Away Goal Dalam Piala Malaysia 2022

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi. MFL berkata;

MFL MENYELARASKAN PERATURAN AWAY GOAL SELARI DENGAN PERUBAHAN UEFA DAN AFC

Malaysian Football League (MFL) mengumumkan bahawa pengelola Liga Malaysia itu telah memansuhkan kelebihan jaringan di tempat lawan (Away Goal) dalam kejohanan kalah mati berkuatkuasa pada hari ini selaras dengan perubahan terkini AFC dan UEFA.

“Berdasarkan Artikel 2.6.3(iv)(vi) Peraturan Pertandingan dalam Manual Liga Malaysia di mana ia adalah peraturan semasa untuk menentukan kelab pemenang dalam pertandingan kalah mati merangkumi peraturan Away Goal.

“Pada 24 Jun 2021, UEFA telah membuat keputusan untuk memansuhkan peraturan Away Goal bermula musim 2021/2022 sementara pada 1 Ogos 2022 pula, AFC telah memaklumkan keputusan untuk memansuhkan peraturan Away Goal bermula musim hadapan.

“Justeru MFL telah memutuskan untuk menyelaraskan peraturannya dengan perubahan terkini AFC dan UEFA dengan memansuhkan peraturan kelebihan 'away goal' dalam kejohanan kalah mati di mana perubahan peraturan ini bermakna bahawa perlawanan yang terikat secara agregat selepas 180 minit timbal balik, akan dilanjutkan ke masa tambahan selama 30 minit.

“Jika kedua-dua pasukan masih terikat, maka pemenang perlawanan akan ditentukan menerusi sepakan penalti,” kata MFL dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Ini bermakna pemansuhan peraturan tersebut akan berkuatkuasa dalam kejohanan TM Piala Malaysia 2022 yang bakal membuka tirai pada 26 dan 27 Oktober 2022.

--

Bagi kami pula penyelarasan ini membuka ruang untuk setiap pasukan mempunyai dua peluang untuk mencari gol di dua perlawanan. Pasukan-pasukan juga tidak perlu terlalu sedih dan duka cita bila tidak dapat away goal seperti sebelum ini. sebaliknya ia merupakan peluang sama rata untuk semua pasukan bertanding.

Good job MFL!


Post a Comment

Previous Post Next Post