Kelibat kipre tchetche, penyerang pasukan Terengganu sudah pasti di tagih dalam perlawanan malam ini menentang pasukan KL City. Ramai peminat TFC mengharapkan keajaiban dan juga kemenangan pasukan mereka bagi meloloskan diri ke kelompok yang lebih baik dalam liga di penghujung musim ini.


selepas mencipta hatrik, semangat saya kian membara - Penyerang Terengganu FC




selepas mencipta hatrik, semangat saya kian membara - Penyerang Terengganu FC

kipre tchetche yang baru -baru ini meledak hatrik menentang melaka united berkata dia semakin bersemangat dan mahu terus fokus kepada perlawanan ini.

"Bagi saya tidak ada yang mudah dalam bola sepak, cuma kita perlu percaya pada kualiti yang kita ada dan tidak sesekali memandang mudah keupayaan mana-mana pasukan bagi mengelak terjerat.


"Namun selepas mencipta hatrik, semangat saya kian membara dengan fokus yang sama iaitu untuk meraih kemenangan kerana bagi saya semua perlawanan di penghujung liga ibarat final.


"Justeru saya mengharapkan perancangan kami menjadi menentang Kuala Lumpur, siapa yang menjaringkan gol itu bukan persoalan utama, yang penting kami berjaya membawa pulang tiga mata kerana misi kami adalah ke Piala AFC musim depan," katanya ketika dihubungi.



Post a Comment

Previous Post Next Post