Ranking Number 4 Dunia; Aaron Chia - Wooi Yik Pintas Beregu Indonesia. Masih terngiang-ngian aksi final kejohanan dunia yang berlangsung di Jepun baru-baru ini yang menyaksikan beregu negara berjaya menjulang trofi bermakna itu. Atas kejayaan itu juga, nama Malaysia kembali menjadi sebutan peminat badminton dunia.


Ranking Number 4 Dunia; Aaron Chia - Wooi Yik Pintas Beregu Indonesia




Ranking Number 4 Dunia; Aaron Chia - Wooi Yik Pintas Beregu Indonesia

Aaron Chia dan Wooi yik kini mendapat durian runtuh apabila ranking mereka naik dengan mendadak dan mendapat kedudukan ranking no 4 dunia. Lebih manis lagi mereka telah memintas bergeu lagenda indonesia yang juga idola mereka iaitu Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.


Aaron-Wooi Yik mengumpul 90,328 mata manakala Ahsan-Hendra jatuh di kedudukan nombor lima dunia dengan 89,495 mata.

Bagi beregu no satu dunia pula menjadi milik beregu dari jepun iaitu dengan 102,050 mata dan di ranking kedua masih menjadi milik beregu indonesia iaitu Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo di kedudukan kedua dengan 96,527 mata.

Beregu dari Taiwan Lee Yang-Wang Chi Lin menghuni ranking nombor tiga dunia dengan mengumpul 96,098 mata.

dua lagi beregu negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei turut berada dalam kelompok 10 terbaik dunia iaitu masing-masing kekal di kedudukan nombor sembilan dan ke-10.

Tahniah buat semua atlet beregu negara, kita usaha lagi untuk push ranking lebih baik dan keputusan yang lebih baik. Rakyat Malaysia sentiasa bersama dengan anda !

Post a Comment

Previous Post Next Post