Belum Ada Tawaran Sambung Kontrak - Jurulatih Kedah. Selepas aksi kurang memuaskan pasukan Kedah sejak kebelakangan ini, ramai juga mahu pembaharuan dalam pasukan Kedah. Bila ditanya kepada ketua jurulatih kedah, Aidil Shahrin, dia mengatakan setakat ini masih belum ada tawaran untuk memperbaharui kontraknya di Kedah.


Belum Ada Tawaran Sambung Kontrak - Jurulatih Kedah


Belum Ada Tawaran Sambung Kontrak - Jurulatih Kedah

Aidil berkata sedemikian setelah ditanya mengenai statusnya  di dalam pasukan Kedah dan pada masa yang sama kontraknya bersama pasukan utara itu makin hampir ke penghujungnya.

Jurulatih itu berkata; "Sehingga saat ini belum ada lagi tawaran untuk sambung kontrak bersama Kedah. Tapi saya bersikap profesional dan mungkin pengurusan kelab ada alasan mereka sendiri.


"Saya juga tidak tahu sama ada mereka sudah ada jurulatih baharu pada musim depan. Saya tidak tahu, apapun seperti yang saya katakan selagi masih bersama Kedah dan kontrak masih sah, maka saya sebagai seorang profesional akan bimbing pasukan itu sehingga tamat kontrak," katanya.



Post a Comment

Previous Post Next Post