3 Mata Penting Untuk memburu slot ke Piala AFC - Jurulatih Negeri Sembilan/ Nampaknya pasukan N9 amat serius dalam memburu slot ke piala afc tahun hadapan yang mana Malaysia mempunyai 4 pasukan yang akan bertanding dalam kejohanan peringkat asia itu nanti.


3 Mata Penting Untuk memburu slot ke Piala AFC - Jurulatih Negeri Sembilan


3 Mata Penting Untuk memburu slot ke Piala AFC - Jurulatih Negeri Sembilan

Ketua jurulatih, K Devan berkata;

"Pemain utama lain termasuk Alves, Yashir dan Gustavo berada dalam keadaan yang baik dan boleh diturunkan dalam pertembungan dengan Melaka, malam ini.


"Tidak banyak perubahan dari segi kesebelasan utama, tapi yang penting sumbangan setiap pemain dalam misi kita untuk meneruskan rentak kemenangan.


"Kita perlu teruskan usaha mendapatkan tiga mata dari laman sendiri, untuk memastikan pasukan dapat mengumpul mata terbaik bagi merebut peluang beraksi di saingan Piala AFC, musim depan," katanya di sini, hari ini.

"Pemain perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi mendapatkan tiga mata kerana ia penting dalam usaha memburu slot ke Piala AFC," katanya.


"Pemain juga perlu berusaha mengurangkan kesilapan mudah terutama di kawasan gol sendiri," katanya yang berharap beberapa kelemahan di bahagian benteng ketika aksi bertemu Kedah tempo hari, tidak berulang pada aksi malam esok.


Post a Comment

Previous Post Next Post