Sejarah Pasukan Kelantan FC. Pasukan Kelantan FC bukanlah pasukan asing dalam liga bola sepak malaysia, mereka pernah menjuarai liga super pada 2012 pasti tidak dilupakan. Pasukan kelantan dikenali sebagai  Pahlawan merah atau the red warrior.

ia pertama kali di asaskan pada tahun 1946 dan pasukan ini mewakili negeri Kelantan. Home atau Laman sendiri mereka terletak di Stadium Sultan Muhammad ke IV yang mempunyai kapasiti 30 ribu orang dalam satu-satu masa.

Sejarah Pasukan Kelantan FC.


Sejarah Pasukan Kelantan FC

Ia bermula pada tahun 1986 apabila Datuk Haji Ahmad Rastomiaitu timbalan menteri besar kelantan mengambil alih pasukan secara rasmi sehingga tahun 1990. 

kemudian pimpinan yang paling meningkatkan pasukan Kelatan adalah ketika Tans Sri anuar musa mengemudi kelantan. ketika tahun pertamanya, mereka berjaya mendapat tempat ketiga dalam liga perdana musim itu.

lebih menarik apabila mereka turun layak ke suku akhir piala malaysia pada tahun yang sama.

tahun 2009 pasukan kelantan mara ke final piala fa dan piala malaysia. namun sayang, mereka tidak dapat merangkul piala pada tahun tersebut.

pada tahun 2010, mereka menebus kekecewaan mereka dengan mendapat naib juara liga super dan juga juara piala malaysia.

kemudian pada tahun 2011, mereka menjadi juara piala sumbangsih selepas mereka mengalahkan selangor sebagai juara bertahan kejohan tersbut.

Antara barisan jurulatih yang berjaya meningkatkan pasukan kelantan ketika itu adalah Peter James Butler, B Sathianathar, M Karathu dan Bojan Hodak.

Mereka ini berada bersama dengan pasukan kelantan ketika kegemilangan pasukan tersebut. Tak mustahil mereka akan dilupakan para peminat setia pasukan kelantan.

Kemudian, prestasi kelantan terumbang ambing selepas melalui fasa kegemilangan mereka. Pada tahun 2019, mereka jatuh ke liga perdana iaitu liga number 2 negara.

Mungkin faktor utama mereka tidak konsisten adalah kerana kehilangan pemain bintang mereka. Selepas berada di puncak, pemain Kelantan umpama pisang goreng di pasaran.

Antara nama besar yang pernah bermain di kelantan ketika kegemilangan mereka adalah Norshahrul Idlan Talaha, Norfarhan, Daudsu, Piya dan ramai lagi.

Banyak pasukan gergasi mahu khidmat mereka dan mereka meninggalkan pasukan Kelantan. Kesukaran mencari pengganti menyebabkan pasukan bergelut untuk terus relevan dalam liga.

Ditambah pula dengan penaja pasukan yang silih berganti dan bebenan hutang kelab turut memberi kesan kepada perkembangan pasukan.

Disebabkan sejarah pasukan kelantan ini sentiasa menjadi rujukan, Mereka kini mempunyai pemilik yang lebih proaktif dan mahir dalam selok belok bola sepak.

Norizam Tukiman merupakan individu penting yang membantu pasukan kelantan untuk kembali stabil terutamanya dari sudut bebanan hutang.

Kini fokus mereka untuk naik semula ke Liga Super dimana tempat mereka sepatutnya bermain. Kita doakan pasukan Kelantan beraksi dengan lebih baik dan konsisten dalam liga perdana.

Tak mustahil, kita dapat menyaksikan Kelantan Fc bermain di liga super 2023 nanti.

Post a Comment

Previous Post Next Post