Kali ini kami akan kongsikan mengenai biodata pemain badminton Lee zi jia untuk anda. Dia merupakan pengganti kepada Lee chong wei yang telah bersara.

Biodata Penuh Lee Zi Jia


Biodata Penuh Lee Zi Jia

Dia merupakan seorang pemain badminton Malaysia dan bermain bagi acara perseorangan. Bapanya bernama Lee Chee Hin dan ibunya pula bernama Leow Siet Peng.

Zi jia di lahirkan pada 29 Mac 1998 di Alor Setar, Kedah.

Dia mula berminat dalam sukan ini pada usia 5 tahun. Dia juga pernah bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan SJKC Keat Hwa di Kedah. 

Pencapaian Lee zi jia setakat ini.

2021: Jelajah Dunia BWF (2 gelaran, 2 naib juara)

2019: Sukan Asia Tenggara

2018: Jelajah Dunia BWF (2 gelaran, 2 naib juara)

2016: Kejohanan Remaja Dunia BWF

2016: Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran, 1 naib juara)

2017: Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran, 1 naib juara)

Anugerah/Pencapaian

Mei 2022: Juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022

2021: Juara Terbuka Seluruh England

2021: Ketiga/ Gangsa Piala Sudirman

2020: Naib Juara/ Perak Kejohanan Berpasukan Asia

2019: Juara Badminton Perseorangan Lelaki di Sukan Asia Tenggara.

2019: Pingat perak acara lelaki berpasukan di Sukan Asia Tenggara.

2018: Juara Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 

2016: Pingat gangsa Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki

2015: Juara Kejohanan Badminton Tebuka Remaja di negeri Perak dan Selangor

Tahun cabaran untuk lee zi jia pada 2022


Pada Januari 2022, terdapat spekulasi bahawa Lee telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dengan alasan beliau tidak berpuas hati dan gembira dengan persatuan itu. Beliau akhirnya secara rasmi meletak jawatan pada 19 Januari, beralih menjadi pemain bebas.

Sebagai tindak balas, Lee dilarang selama dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang memerlukan kelulusan BAM serta mana-mana kejohanan yang dibenarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Kejohanan tersebut termasuk Sukan Asia, Sukan Komanwel, Sukan Olimpik, Piala Thomas dan Kejohanan Dunia BWF.

Dengan orang ramai dan pemain antarabangsa bertindak balas negatif terhadap larangan itu, Lee kemukakan rayuan terhadap larangan itu pada 24 Januari 2022. Larangan itu ditarik balik selepas Lee dan BAM bertemu pada 25 Januari 2022, dengan syarat masih belum didedahkan.

Pada Mei, Lee memenangi gelaran pertamanya pada tahun ini di Kejohanan Badminton Asia 2022, mengalahkan pemain Indonesia Jonatan Christie 21-17, 23-21. Lee menjadi pemain perseorangan lelaki Malaysia keenam memenangi gelaran Kejohanan Asia.

Post a Comment

Previous Post Next Post